Tuesday, February 15, 2011

Hayatilah Sambutan Maulidur Rasul


assalammualaikum

***

Jika semalam anak-anak muda sibuk menyambut hari kekasih walaupun sudah diharamkan oleh Islam, tapi saya pasti masih ramai yang menyambutnya. Tetapi adakah mereka meraikan pula hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w??? Di sini saya ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul untuk tahun 2011M bersamaan 1432H.

Oleh yang demikian saya ingin berkongsi beberapa kelebihan yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w. Menurut Jabir, Rasulullah pernah berkata yang ertinya: “Aku telah diberikan 5 perkara yang tidak seorang pun daripada para nabi sebelumku diberikan, iaitu:
1. Aku dibantu dengan daya menakutkan musuh sejauh perjalanan sebulan.
2. Diuntukkan bagiku bumi ini, dimana-mana sahaja boleh dijadikan tempat bersujud dan keadaannya suci. Maka sebarang umatku yang telah datang kepadanya waktu sembahyang, hendaklan tampil sembahyang.
3. Dihalalkan harta rampasan perang bagiku dan tidak halal bagi seorang pun sebelumku.
4. Aku diberi kuasa untuk beri syafaat.
5. Setiap nabi dibangkitkan untuk menyeru kaumnya sahaja, tapi aku dibangkitkan untuk menyeru seluruh manusia.


Begitulah kelebihan Rasulullah s.a.w. yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. jika dibandingkan dengan nabi sebelum beliau. Mari kita lihat pula rasul-rasul yang telah ditugaskan untuk menjaga lapisan langit.

Rasul-rasul Penjaga Langit
Lapisan 1 : Nabi Adam
Lapisan 2 : Nabi Isa dan Yahya
Lapisan 3 : Nabi Yusuf
Lapisan 4 : Nabi Idris
Lapisan 5 : Nabi Harun
Lapisan 6 : Nabi Musa
Lapisan 7 : Nabi Ibrahim

Ini sekadar peringatan kepada kita semua, bahawa setiap lapisan langit telah dijaga oleh rasul-rasul yang dilantik oleh Allah s.w.t. Secara jujurnya, saya sendiri tidak mengingatinya. Mari kita lihat pula wasiat Nabi Muhammad s.a.w. kepada Saidina Ali r.a.

Wasiat Nabi Muhammad Kepada Saidina Ali

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia.

Wahai Ali, bagi orang ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi itu AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Semoga dengan perkongsian saya pada kali ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada anda semua. Salam Maulidur Rasul daripada saya. 


Pula/san : SELAMAT MENNYAMBUT MAULIDUR RASUL...

SALAM... :)


0 Ngutukan n Pujian::