Tuesday, July 26, 2011

TEKA-teki...

1. Banyak-banyak ikan, ikan apa yang bentuknya bulat?? 
fishball la..haha..
2. Dalam banyak-banyak kain, kain apa yang PALING berat…
kain pelikat cap gajah.
3. Ade seorang imam, tengah sembahyang ade seekor anjing lalu di hadapan dia, pastu anjing menjilat kakinya. Sah x solat imam itu.?
SAH ARHHH SBB ANJING TUH JILAT KAKI DYE BUKAN NYERR JILAT KAKI IMAM TUHHH...
4. Besar di Arab, kecil di China, ada di KOREA, TIADA di Jepun.  Apakah itu???
huruf “A”..hahah
5. Dalam banyak-banyak berger , berger ape yg tak pakai roti?
bergerdel
6. Ade seorg lelaki tinggal kat sebuah flat. Dia dok kat tingkat paling atas. Bile dia nak g keje dia turun naik lif, bila dia balik keje dia hanye boleh naik lif sampai setengah tingkat je, pas tuh dia naek gune tangga. Tapi bila hujan dia boleh naik lif sampai tingkat atas. Mcm mane bende ni leh terjadi.???
sbb lelaki tuh pendek dan tak sampai nk tekan button tingkat umah dia. Dia hanye sampai tekan button setengah tgkt jep. Time ujan dia dpt naek sampai atas b'coz dia tekan button lif tuh gune payong. :D
7. Mana lagi tinggi semut ke zirafah ?
semut lah….sebab semut 6 kaki…zirafah 4 kaki....
8. Motor ngan kereta mana lagi tua.???
motorla sebab motor pakai tongkat...
9. Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa berdosa.?
kotak sembahyang ( ko tak sembahyang?) hihi...
10. Dalam banyak-banyak jam, jam apa paling busuk?
JAMBAN.
11. Banyak-banyak siput, siput ape dlm kategori JUTAWAN.?
Siput Belitong ‘kerana hidupnya sentiasa membeli TONG’
12. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Penguin
13. Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
14. Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Stokin tu basah lah….
15. Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Telur
16. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Kuih Donut
17. Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
18. Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Pengail yang dapat ikan.
19. Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?
Aku berjalan secara mengundur!
20. Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?
Pandang kebawah! ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
21. Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan turun dahulu?
Spedometer bas lah…
22. Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?
Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
23. Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ?
Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
24. Kenapa mayat dibungkus kain putih?
Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
25. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?
Ayam jadi banyaklah bilangannya.
26. Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?
Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
27. Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil?
Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
28. Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?
Lampu jiran kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
29. Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?
Orang naik beca semasa hujan...
30. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.
Tapak kaki kitalah.
31. Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?
Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
32. Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing hitam?
Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
33. Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan dibandingkan dengan kepintarannya?
Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
34. Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?
Nampak sangat pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
35. Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila dibiarkan lama-lama?
Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
36. Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah perkara itu?
Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
37. Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?
Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
38. Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kurang pendengaran.
Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada….
39. Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Buang tebiat
40. Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Batang hidung kamulah!
41. Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
42. Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?
Sebab dia dapat anak perempuan.
43. Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
44. Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?
45. Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
46. Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Pisang Goreng
47. Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!
48. Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?
Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
49. Apakah haiwan yang berkaki 3?
Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
50. Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
51. Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?
Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
52. Haiwan apakah yang paling tidak sopan?
Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
53. Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?
Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
54. Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?
Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
55. Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Anak mancis daaa.
56. Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar?
Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal… ha…ha…ha..
57. Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan telefon?
Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
58. 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?
Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
59. Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Beruang (sebab binatang ni ber wang)
60. Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?
Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.






Pula/san : selamat menjawab...  c(:
assalammualaikum...


2 Ngutukan n Pujian::

Cik Baju Kurung said...

cbk nak jawab ! jawab je cbk tau je erk . hehe

1.fishball
4. huruf A
7. zirafah lah .
10.jamban
12.penguin
13.patah balik . haha
16.donut
25. ayam menjadi banyak !
30.tapak kaki
34.nampak sangat menipu . haha
35. gasing
36. datuk
39.buang tabiat
42. sebab anak dia perempuan .
43.bahrain
54. lelaki tu bawak torchlight kot . hihi
56. laut lah .
59. beruang .

itu saje . hihi . menghabiskan banyak masa nak jawab nie . ;)

Ami Lee said...

@Cik Baju Kurung : terima kasih kerana anda mencuba... tahniah...!

nak tahu jawapan nyer....
1. fishball
2. kain pelikat cap gajah
3. SAH ARHHH SBB ANJING TUH JILAT KAKI DYE BUKAN NYERR JILAT KAKI IMAM TUHHH..
4. huruf “A”..
5. bergerdel
6. sbb lelaki tuh pendek dan tak sampai nk tekan button tingkat umah dia. Dia hanye sampai tekan button setengah tgkt jep. Time ujan dia dpt naek sampai atas b'coz dia tekan button lif tuh gune payong.
7. semut lah….sebab semut 6 kaki…zirafah 4 kaki...
8. motorla sebab motor pakai tongkat...
9. kotak sembahyang ( ko tak sembahyang?)
10. JAMBAN.
11. Siput Belitong ‘kerana hidupnya sentiasa membeli TONG’
12. Penguin
13. PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah
14. Stokin tu basah lah….
15. Telur
16. Kuih Donut
17. Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
18. Pengail yang dapat ikan.
19. Aku berjalan secara mengundur!
20. Pandang kebawah! ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
21. Spedometer bas lah…
22. Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
23. Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
24. Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!
25. Ayam jadi banyaklah bilangannya.
26. Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya menyentuh tanah.
27. Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.
28. Lampu jiran kita. Cubalah pecahkan, nanti akan keluar orangnya.
29. Orang naik beca semasa hujan...
30. Tapak kaki kitalah.
31. Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang profesor memikir untuk masa depan.
32. Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda manusia atau tikus!
33. Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak dibandingkan lelaki yang buta.
34. Nampak sangat pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh panjat pokok.
35. Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke semuanya sama.
36. Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami tidak mendapat sama.
37. Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
38. Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara pun tak ada…
39. Buang tebiat
40. Batang hidung kamulah!
41. Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je...
42. Sebab dia dapat anak perempuan.
43. Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
44. Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?
45. Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
46. Pisang Goreng
47. Kutu ler…Sebab memang dok kat kepala orang!
48. Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.
49. Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.
50. Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
51. Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.
52. Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
53. Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
54. Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
55. Anak mancis daaa.
56. Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal…
57. Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja menggali jalan oleh TELEKOM
58. Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
59. Beruang (sebab binatang ni ber wang)
60. Ikan Belukang kerana “Blue” adalah perkataan inggeris, “Kang” adalah perkataan Jawa.

tula jawapannyer... sbenarnyer jawapan da adew kat bawah soalan... tp saje kabor kan jawapan tuh... hihi... :)